Thursday, 22 September 2016

KAMI BERPISAH KERANA PROGRAM DR AZIZAN OSMAN (Final Part)




Mesti ramai yang mcm aku. Percaya yg hidup umpama roda, kejap kita di atas kejap kita di bawah...percaya yg bisnes umpama pantai, ada pasang surutnya.

Bayangkanlah hidup aku macam mana....sdh la kejap di atas kejap di bawah. Kejap pasang kejap surut, kejap kurus kejap gemuk. Oppss terlebih sudah!!!

Jadi kita sambung la story mcm mana Dr Azizan boleh jd punca kan??? Sapa x sempat follow crita sblm ni boleh follow Part 1 & Part 2 supaya lebih jelas what's going on.

Mungkin ramai yang baca ni sudah lama follow DAO tapi mungkin jugak ada yang belum kenal kan? Aku sarankan kamu jangan follow klau kamu ndak mau hidup kamu BERUBAH! Hidupku berubah kerana dia. Aku dengan laki aku terpaksa berpisah kerana dia.

Semuanya bermula kerana program Millionaire Marketing Mastery atau singkatannya MMM. Lepas IMKK kami nekad mau join MMM. DAO memang kejam!!! Dia ndak bagi pun kesempatan untuk bernafas dan jadi malas kejap. IMKK 12~14 Ogos 2016, MMM pulak 16~18 September 2016. Satu bulan jak gap nya beb! Bukan nafas jak sesak, poket pun sesak dah la aku ni gila seat Pizza! (Super Supreme).

Sudah tau bajet sempit, kenapa jugak mau beli Super Supreme??? Sendiri cari nahas kan? Tapi masa tu semua aku tolak tepi. Nekad gila beb! Sebab aku tau mcm mana perasaan duduk belakang masa Seminar Mudahnya Berniaga dan aku jugak sudah tau macam mana perasaan duduk depan masa IMKK. Masa seminar hari tu aku duduk belakang. KECIKKKK jak aku tgk DAO masa tu. Feel pun kurang sampai. TAPI masa ddk depan time IMKK...perggghhhhh AIR LIUR DAO jak yang ndak hinggap di dahi. Laki aku yang pemalu tu pun dari barisan keempat masa hari pertama terus duduk barisan pertama masa hari terakhir IMKK.

Kesimpulannya aku memang suka duduk DEPAN dalam mana2 kelas sekalipun.


Pastu kan...sampai lah tarikh 15 September. Aku beli tiket last flight dari Tawau ke KK sebab 15hb tu aku masih kerja lagi. Rushing siapkan report untuk meeting. Malam tu kami cepat-cepat tutup kedai sebab 7:30pm mesti gerak ke airport.

Dalam kereta senyap jak. Kami ndak becakap pun. Tiba-tiba dia bersuara. "Brapa hari jugak di KK? Kenapa ndak parking jak kreta di airport?". Ya Allah, bergenang airmata menahan sakit di hati. Dengan nada lemah aku pun jawab lah "Nda pa lah, biarlah mummy drive sendiri klau nda sudi hantar". Guess what??!! Dia betul2 drive ke rumah dan turun dari kereta dengan muka masam macam cuka. Aku mau salam pun dia hulur tangan macam ndak ikhlas. Ok fine! Aku pun drive lah dalam 40km membawa hati yang lara. Dalam hati tertanya-tanya. Apa salah ku??? huhuhuhu...

Sampai di KK aku pun try la contact dia. 3x call, 5x video call semua dia ignore. Hmmm...nasib baik ada sayap dan buntut ayam masa tu. Aku dan adikku 2 orang pun selamat menulangkan sayap ayam tengah2 malam di Anjung Senja.

16 September 2016 - Hari Malaysia. Orang cuti aku plak jadi burung hantu dalam MMM. Tada....credit to my beloved sister, Elvy sbb berjaya buat aku kurus dan tinggi dalam gmbr ni.




Program ni di buat di Nexus Karambunai Resort & Spa memang sesuai untuk sesiapa yang perlukan get away daripada kesibukan kerja dan kota sebab suasana, pemandangan, bilik & makanan di sana semua best KECUALI hampir semua kolam yang ada di sana ada BIAWAK. Kolam renang jak ndak ada. Sudahlah kami di suruh buang biawak, buat program di pusat penternakan biawak pulak...hahahaha...dan satu lagi perkara yang nda best di sana...dalam bilik langsung xda line telefon. LANGSUNG nda ada ya!!! Memang balik bilik nda dpt buat apa2 yang berkaitan dengan telefon kecuali selfie...tadaaaaa....


Ok sambung crita MMM. Ini gambar suasana dalam hall pada hari pertama aku sampai. Bestkan??!!! Terus teringat IMKK datang dengan laki. Ya Allah, sedihnya...





Begini rupanya pemandangan orang yang duduk di belakang. Aku duduk depan sikit jadi pemandangan aku terhad. Memang muka dia jak la yang aku hadap.

Ok kenalkan ini Cik Azwani. 'Orang sebelah' aku pada hari pertama sesi sebelah pagi. Sesungguhnya perancangan Allah itu indah dan tepat pada waktunya. In Shaa Allah Cik Wani ni boleh bantu aku selesaikan masalah production di semenanjung kalau aku masukkan TASTY FLOATY dalam Giant.






Senyum jak muka aku kan? Dalam hati sapa yang tahu. Pagi tu aku whatsapp tapi again...kena ignore. Rindunya dengan Adam & Arissa.

Tapi macam biasa...keep calm & lets bara bara! and bara bara! again & again setiap kali mulakan kelas. Special thanks to Tuan Hj Jerry yang gorgeous sebab record this for us. Kalau nda jumpa aku atas kerusi memang tinggal 2 purnama jak lagi tu...hahahaha..

Tapi kan tapi kan...ada sedikit kecewa la sebab bukan Mr Radz yang lead the bara bara session masa tu. Aku lupa namanya tapi dialah founder sesi Bara-Bara ni. Habis kelas tengah hari tu terjumpa plak dengan Mr Radz yeah!!!






Rupanya dia kurang sihat dan perlukan full energy kalau mau conduct bara bara tu. Hmmm....esoknya jumpa dia di kaunter aku tanya lagi. Hari ni boleh? Dia geleng lagi...ala lagi skali hampa...

Hari pertama & kedua berlalu dengan pantas...hebat betul program ni sampai aku boleh lupakan kesedihan dan kerinduan di hati sekejap. Jom layan gambar2..penat aku taip ni tau kah...


(Breakfast at The Kingfisher, Nexus)




(Keluar dari barisan jap sebab again...suka betul dengan bunting kan??? hahaha)


(Kalau mau tau ini lah geng aku belari sepantas superwoman rebut tempat duduk dengan Super Supremers yg lain. Geng-geng2 Mface ni memang awesome! Thanks Isabella & the gang)




(Kenalkan ni 'orang sebelah' aku, Kasmie Sheirina. You're marketing genius bebeh!)




(Ini plak Titanium Premier, anak didik Dr Azizan yang terbukti genius, Tn Najib Asaddok & Tn Jamaluddin (Sifu FBads)


Dan hari kedua pun berakhir dengan sepi...telefon ku masih sunyi dengan kabar berita dari laki aku. Anak kedua aku Arissa aku dapat contact melalui pengasuhnya jak...huhuhu...

Hari terakhir MMM, fikiran dan perasaan bertambah kacau tapi mana boleh tunjuk sangat kan...lepas ni mesti ada mana2 production company offer aku jadi pelakon. Hahahaha...jom layan gambar-gambar datin.

Bersama Titanium Circle - Titans Sri Astrina, Titans Fatimah & Titans Dewi.






Sepanjang 3 hari ni macam2 perasaan bercampur baur. Dalam kelas memang nda kering gusi. Banyak betul lawak. Dalam kelas aku femes dengan gelaran "Tuti Fruiti whatever chicken" Semuanya gara-gara DAO susah mau ingat TASTY FLOATY. Hahaha...apa2 lah kan...janji Dr ingat aku out of so many people yang participate. Selain tu ada lagi lah a few people yang akan dikenang antaranya:

Mdm Bibie - Sambal Bilis mak ayam.

Rahimin Ismail - Captain Humbly (trending sejak IMKK hari tu)

Dan ada sorang yang paling menceriakan kelas. Doktor apa aku lupa namanya tp kami gelar dia DOKTOR BURONG. Ini memang paling lawak sampai DAO pun ketawak berabis.

Petang tu kelas di akhiri dengan DOA drpd DAO. Suasana dan doa seorang guru masa tu betul-betul buat kami mengalirkan airmata. Aku yang sememangnya menyembunyikan perasaan sedih masa tu pun menangis la puas-puas dan aminkan semua doa. Ya Allah, aku rindu saat itu.

Terima kasih Tn Hj Jerry sebab merakam moment tu. Kepada yang mau tengok boleh klik link ni. Doa penutup #MMMBorneo2016.



Balik kelas malam tu aku keluar dengan adik-adikku. Layan perasaan la tu kan. Hmmmm...

Dan aku pun balik Tawau pada 19hb September. Drive kreta yang aku park di airport selama 4 hari. Drive terus pegi tempat kerja yang jaraknya dalam 40km dari bandar jugak. So total dalam 80km la aku drive kan? Apalagi...main viola la dlm kreta. Huhuhu...

Balik dari kerja terus ke Cafe. Jumpa la dengan anak aku Adam. Ya Allah, rindunya. Bapak dia pulak buat-buat muka selamba tapi mana boleh tahan tengok bini dia yang comel ni kan?? Hahahaha...

Rupa-rupanya dia buat begitu sebab dia mau aku tumpukan perhatian. Jangan risau pasal family & bisnes. Biar dia handle.

Maka tamatlah cerita kenapa Kami Berpisah SEMENTARA Kerana Program Dr Azizan Osman.

Thank you so much sebab tekun betul kamu baca dari Part 1. Love you darlings! Muahhh...




Tuesday, 20 September 2016

KAMI BERPISAH KERANA PROGRAM DR AZIZAN OSMAN (Part 2)

Jangan cakap yg baca...yg menulis ni pun geram crita nda habis. Jd jom sambung lagi. Kepada yg baru baca crita ku ni blh baca Part 1 di sini ya.

Berbalik kepada TASTY FLOATY tu kan...sebenarnya Servay Hypermarket bkn lah outlet pertama. Outlet pertama adalah Jin Hua Coldstorage di Sin Onn Tawau. Ownernya sikit punya hensem I tell you. Nda percaya tengok sendiri.




Apa benda juga balik2 TASTY FLOATY ni??? Orang Tawau yg belum tau dan belum rasa dessert ni mmg rugi betul lah sebab nda jadi antara yang terawal rasa sebelum keluar iklan di TV besok. Sudah lah sedap, produk keluaran lady millionaire TAWAU pulak tu. Nda bangga kah? 

Statement brani kecam nampak!!! Haters gonna hate this & screenshot pastu canang dalam group wassap. Kan kan kan??? Terima kasih lah...free marketing aku dapat. I love you to the moon & tak back2. Tinggal lah korang biawak2 di bulan sana k....

Tok guru aku cakap apa yang kita fikir, rasa, cakap & buat semua adalah doa. So aku pun mem'BE-DO-HAVE'kan diri aku sebentar tadi. Yang nda paham be do have to binatang apa terpaksa la korang join IMKK supaya ada jugak kawan aku sama2 MENYESAL.

Menatang apa pulak lagi IMKK ni..hadoiii lepas 1, 1 istilah bikin terencat otak. Memandangkan aku malas explain sebab masih geram dgn Dr Azizan jadi korang baca sendiri la pasal Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan ni. Nda kuasa mau layan.

Mau di jadikan cerita. Kami laki bini pun count down la tunggu IMKK yang 1st time di buat di borneo.

Kira punya kira.. akhirnya yang di nanti dah tiba. There you go!!! Laki bini yang penuh harapan pun terus bergambar dengan bunting sebab kalau mau harap bergambar dengan Dr Azizan memang kempunan mimpi sampai jatuh katil la jawabnya. Maka bunting pun bunting la....eh jap...ada yg sebut 'boon-ting' ka? Hahaha 'ban-ting' ya...nanti kang kau viral plak lagi aku mengandung. 

Harap2 bukan kami jak la yang jakun dan teruja begambar sini...hahaha...






Dan sesi selfie wefie kiri kanan depan blkg pun terjadi sebelum, semasa & selepas kelas. Layan...







Jujur ku akui aku sangat sangat ter AMAZED dengan suasana dewan & sesi pembelajaran. Belum pernah seumur hidup aku join kelas yg btl2 happening & interaktif. 

Sebelum ni aku sudah terbiasa dengan kelas yang start pukul 8.30am, tea break jam 10am, lunch jam 12pm, tea break jam 3.30pm habis sebelum jam 5pm sbb takut jammed. Hahahaha...Aku gelar kursus begini kursus "Belum-lapar-makan-lagi". Tapi tapi tapi....di IMKK sama ada kamu percaya atau tidak...kencing pun nda sempat!!! Ada ka patut di suruh "ikat". Lelaki boleh la ikat...hahahahaha...tapi klau sempat pun...aku gerenti kamu nda sampai hati mau keluar sebab setiap ELMU yg keluar dari mulut Dr Azizan sangat sangat berharga (eh kenapa aku puji dia lebih2 ni??? Aku kan tengah geram dengan dia) 

1st time seumur hidup aku. Program start 8.30am habis 2:00am. I repeat!!! 2:00am. Sudahlah kelas habis jam 2 pagi. Ada homework pulak tu!!!! Di suruh tulis 101 impian. Maka aku pun tulis la impian aku dalam buku keramat ni. 




Buku merah jangan lupa bawa moga-moga belum tamat tempoh...lalalala...

In Shaa Allah 'buku merah' aku ni takkan tamat tempoh kerana kandungannya boleh digunapakai di mana jua seumur hidup. Rasa berbaloi jugak la duit yang aku laburkan untuk ELMU IMKK.

3 hari program IMKK betul-betul penuh dengan tawa dan tangisan. Hari pertama aku nangis teresak-esak (cuba buat mcm mana teresak-esak. Hah! Mcm tu la aku nangis masa tu), hari kedua aku nangis mula keluar bunyi sudah. Hari ketiga bukan nangis lagi tapi meraung sudah. Ya, meraung! Aku memang betul2 all out. Nda peduli orang sekeliling. Kesian 'orang sebelah'...lepas IMKK tengah2 malam dia wassap aku.

Dan 1st time jugak aku tengok laki aku nangis sampai mata bengkak. Selama 11 tahun kami kawin nda pernah lagi aku nampak dia nangis melainkan curi2 nangis masa tengok crita tamil. TAMIL ok, tamil. Hahaha...






Eh! Sudahlah...semua tu cuma tinggal kenangan antara aku dan laki aku. Buat apa aku mau ulas lebih lanjut untuk program yang aku bayar RM3,997 semata-mata untuk menangis. Bukan itu jak. Lelaki yang sikit punya EGO pun nangis sama. Lain lagi yang QUIT SMOKING ON THE SPOT. Erkkk DAO ni kempen anti rokok ka apa? Rupanya bayar mahal-mahal ajar orang nangis kuat-kuat & brenti merokok jak. Hmmm...kamu rasa la sendiri kalau mau rasa.


Ni nah aku mau belanja kamu tengok gambar-gambar IMKK. Gambar dengan Mr. RADZ BARA BARA BARA, BERE BERE BERE yang hensem pun ada skali. Kalau mau tau Bara Bere tu menatang apa kamu tengok ni nah...

Live Bara Bere from Tn Hj Jerry



Tapi video ni cuma tunjuk Mr Radz. Nda tunjuk kami yang berbara bere atas kerusi. What? Atas kerusi? Ya...silalah imagine sendiri.






Dan kami pun pulang dengan KOLAM JIWA yang sangat bersih. Aku sudah maafkan semua orang yang pernah buat jahat dengan aku termasuk lah orang yang hantar SANTAU. Tapi itu kita crita lain la. Jangan lupa follow aku rapat-rapat klau mau tau pasal tu.

Aku balik dari IMKK tanpa dendam dan aku sudah "BAKAR" semua memori hitam yang sentiasa menghantui. Aku yang memang dah baik hati ni bertambah baik hati lagi lepas balik dari IMKK. Cia cia cia...bocor bakul kau joyah!!!

Sesungguhnya saat yang terindah hanyalah sementara...kolam jiwa yang bersih jak nda dapat membuat kami terus bersama. Mood aku baik hari ni jadi aku nda mau nangis dulu. Next post aku crita. In Shaa Allah aku janji aku crita...tp kamu pun janji la kongsikan crita suka duka aku ni dengan orang lain agar jadi pengajaran. Janganlah pentingkan diri sendiri. Baca sendiri syok sendiri. Orang lain pun mau jugak baca.

Dr Azizan...kau lah puncanya...


To be continued...

KAMI BERPISAH KERANA PROGRAM DR AZIZAN OSMAN (Part 1)

Assalamualaikum...

Ini adalah nukilanku yang pertama sejak aku berhenti membuat karangan lepas SPM, 15 tahun yang lalu. Ya, aku kini berumur 32 tahun. Tak payah susah2 cari kalkulator. Ingatkan dah lepas azab bab2 menulis ni. Rupanya ini hanyalah permulaan kisah hidupku yang bakal anda semua baca dengan penuh tekun sehingga perkataan yang terakhir.

Aku menulis atau lebih tepat lagi menaip kerana ketika ini fikiranku sangat berkecamuk, emosi ku tidak stabil, jiwa ku meronta. Aku mau SWITCH !!!!!!!!!!!!!!!!! Arrrrgggghhhhhhh
Saat ini airmata mengalir deras memikirkan nasib dan masa depan. Andai aku menulis atas kertas pasti anda tidak dapat membaca kisahku sampai habis.

Aku mula terperangkap dengan Program2 anjuran Richworks pada 14 May 2016. Masa tu Dr Azizan Osman buat SEMINAR MUDAHNYA BERNIAGA 2016 di Dewan Calvary, Tawau. Aku pun tak ingat macam mana boleh terjerumus. Yang aku ingat aku sibuk cari 1 lagi kekosongan untuk daftar seat berharga RM100 untuk 3 orang. Sudahnya, aku, suamiku dan kakak iparku pun join lah seminar tu.





Keterujaan melampau-lampau. Start jak seminar tiba2 ada menari-nari. Erkkk apa kes ni sampai orang berteriak-teriak terkinja-kinja. Macam disko sudah dalam dewan tu. Paling dasyat masa pengacara majlis tu umumkan nama Dr Azizan. Tiba-tiba semua semua menjerit macam memuja artis...aku apalagi...join the club la jugak. Aku tengok laki aku di depan tu excited bukan main. Hujung kepala sampai hujung kaki begelek. Apakah kegilaan yang sedang berlaku????

Macam biasa....aku kan kaki selfie...so mesti la pose paling comel kan? Tengok bawah ni...comel ka comel????





Ok sambung balik story...sepanjang seminar setengah hari tu Dr Azizan pun explain la pasal halangan-halangan manusia atau senang crita MENTAL BLOCK. Masa tu aku nampak laki aku angguk banyak kali...hmmm...banyak sangat mental block nampak.

Seminar tu 1/2 hari jak jadi confirm la pengisiannya bikin gantung kan? Di hujung program tu Dr keluarkan voucher diskaun untuk program IMKK. Berebut orang meluru ke depan (termasuk aku). Long story short aku dan laki aku pun sign up sebab kononnya harga yang di tawarkan tu untuk hari tu jak.

Disebabkan Dr Azizan berjaya membuat kami laki bini teruja semacam maka tanpa berfikir panjang kami pun beli tiket SUPER SUPREME berharga RM3,997. Offer masa tu beli 1 tiket percuma 2 tiket. So, aku, laki aku dan kakak ipar aku share 1 tiket. Kakak ipar aku plak mau betul bawa laki dia join IMKK so dia pun share la tiket dengan kawan merangkap customer aku bernama Sri Astrina dengan laki dia Faizal @ Pai. Maka lengkaplah 3 pasangan suami isteri dengan semangat yang berkobar-kobar untuk masuk perangkap IMKK pulak. Apa tak nya...IMKK pertama yang di buat d Borneo.

Lepas program...kena panggil interview. Aku apa lagi...memang sangat "mesra camera" kan??? Menggamit kenangan jadi semi finalist SUPERB anjuran TERAJU pada bulan March 2016.



(Sesi interview program Seminar Mudahnya Berniaga)



 (Sesi interview Pertandingan SUPERB)

Panjang jugak cerita aku ni kan? Dari menangis sampailah aku tengah tersengih2 ingat memori daun pisang ni. Pastu kan pastu kan....lepas jak Seminar Mudahnya Berniaga aku dengan laki aku pun sambung balik kerja.

Kerja apa? Masukkan TASTY FLOATY dalam Servay Hypermarket dan Servay Jaya Supermarket, Tawau. Double happiness betul 14 May 2016. Dah lah happy dapat tengok Dr Azizan (masa tu) pastu dapat masukkan produk dalam Hypermarket pulak lepas tu. ALHAMDULILLAH sujud syukur pada yang Maha Esa.


Tengok ni. Masih pakai baju yang sama lagi laki bini.




Rasanya setakat ini dulu nukilanku. Kejap lagi nak masuk waktu maghrib. Mau connect dengan SOURCE 

Jumpa lagi kalau aku rajin menaip untuk crita selanjutnya....