Bayangkanlah hidup aku macam mana....sdh la kejap di atas kejap di bawah. Kejap pasang kejap surut, kejap kurus kejap gemuk. Oppss terlebih sudah!!!
Jadi kita sambung la story mcm mana Dr Azizan boleh jd punca kan??? Sapa x sempat follow crita sblm ni boleh follow Part 1 & Part 2 supaya lebih jelas what's going on.
Mungkin ramai yang baca ni sudah lama follow DAO tapi mungkin jugak ada yang belum kenal kan? Aku sarankan kamu jangan follow klau kamu ndak mau hidup kamu BERUBAH! Hidupku berubah kerana dia. Aku dengan laki aku terpaksa berpisah kerana dia.
Semuanya bermula kerana program Millionaire Marketing Mastery atau singkatannya MMM. Lepas IMKK kami nekad mau join MMM. DAO memang kejam!!! Dia ndak bagi pun kesempatan untuk bernafas dan jadi malas kejap. IMKK 12~14 Ogos 2016, MMM pulak 16~18 September 2016. Satu bulan jak gap nya beb! Bukan nafas jak sesak, poket pun sesak dah la aku ni gila seat Pizza! (Super Supreme).
Sudah tau bajet sempit, kenapa jugak mau beli Super Supreme??? Sendiri cari nahas kan? Tapi masa tu semua aku tolak tepi. Nekad gila beb! Sebab aku tau mcm mana perasaan duduk belakang masa Seminar Mudahnya Berniaga dan aku jugak sudah tau macam mana perasaan duduk depan masa IMKK. Masa seminar hari tu aku duduk belakang. KECIKKKK jak aku tgk DAO masa tu. Feel pun kurang sampai. TAPI masa ddk depan time IMKK...perggghhhhh AIR LIUR DAO jak yang ndak hinggap di dahi. Laki aku yang pemalu tu pun dari barisan keempat masa hari pertama terus duduk barisan pertama masa hari terakhir IMKK.
Kesimpulannya aku memang suka duduk DEPAN dalam mana2 kelas sekalipun.
Pastu kan...sampai lah tarikh 15 September. Aku beli tiket last flight dari Tawau ke KK sebab 15hb tu aku masih kerja lagi. Rushing siapkan report untuk meeting. Malam tu kami cepat-cepat tutup kedai sebab 7:30pm mesti gerak ke airport.
Dalam kereta senyap jak. Kami ndak becakap pun. Tiba-tiba dia bersuara. "Brapa hari jugak di KK? Kenapa ndak parking jak kreta di airport?". Ya Allah, bergenang airmata menahan sakit di hati. Dengan nada lemah aku pun jawab lah "Nda pa lah, biarlah mummy drive sendiri klau nda sudi hantar". Guess what??!! Dia betul2 drive ke rumah dan turun dari kereta dengan muka masam macam cuka. Aku mau salam pun dia hulur tangan macam ndak ikhlas. Ok fine! Aku pun drive lah dalam 40km membawa hati yang lara. Dalam hati tertanya-tanya. Apa salah ku??? huhuhuhu...
Sampai di KK aku pun try la contact dia. 3x call, 5x video call semua dia ignore. Hmmm...nasib baik ada sayap dan buntut ayam masa tu. Aku dan adikku 2 orang pun selamat menulangkan sayap ayam tengah2 malam di Anjung Senja.
16 September 2016 - Hari Malaysia. Orang cuti aku plak jadi burung hantu dalam MMM. Tada....credit to my beloved sister, Elvy sbb berjaya buat aku kurus dan tinggi dalam gmbr ni.
Ok sambung crita MMM. Ini gambar suasana dalam hall pada hari pertama aku sampai. Bestkan??!!! Terus teringat IMKK datang dengan laki. Ya Allah, sedihnya...

Begini rupanya pemandangan orang yang duduk di belakang. Aku duduk depan sikit jadi pemandangan aku terhad. Memang muka dia jak la yang aku hadap.
Ok kenalkan ini Cik Azwani. 'Orang sebelah' aku pada hari pertama sesi sebelah pagi. Sesungguhnya perancangan Allah itu indah dan tepat pada waktunya. In Shaa Allah Cik Wani ni boleh bantu aku selesaikan masalah production di semenanjung kalau aku masukkan TASTY FLOATY dalam Giant.
Senyum jak muka aku kan? Dalam hati sapa yang tahu. Pagi tu aku whatsapp tapi again...kena ignore. Rindunya dengan Adam & Arissa.
Tapi macam biasa...keep calm & lets bara bara! and bara bara! again & again setiap kali mulakan kelas. Special thanks to Tuan Hj Jerry yang gorgeous sebab record this for us. Kalau nda jumpa aku atas kerusi memang tinggal 2 purnama jak lagi tu...hahahaha..
Tapi kan tapi kan...ada sedikit kecewa la sebab bukan Mr Radz yang lead the bara bara session masa tu. Aku lupa namanya tapi dialah founder sesi Bara-Bara ni. Habis kelas tengah hari tu terjumpa plak dengan Mr Radz yeah!!!

Rupanya dia kurang sihat dan perlukan full energy kalau mau conduct bara bara tu. Hmmm....esoknya jumpa dia di kaunter aku tanya lagi. Hari ni boleh? Dia geleng lagi...ala lagi skali hampa...
Hari pertama & kedua berlalu dengan pantas...hebat betul program ni sampai aku boleh lupakan kesedihan dan kerinduan di hati sekejap. Jom layan gambar2..penat aku taip ni tau kah...
(Breakfast at The Kingfisher, Nexus)

(Keluar dari barisan jap sebab again...suka betul dengan bunting kan??? hahaha)
(Kalau mau tau ini lah geng aku belari sepantas superwoman rebut tempat duduk dengan Super Supremers yg lain. Geng-geng2 Mface ni memang awesome! Thanks Isabella & the gang)

(Kenalkan ni 'orang sebelah' aku, Kasmie Sheirina. You're marketing genius bebeh!)
(Ini plak Titanium Premier, anak didik Dr Azizan yang terbukti genius, Tn Najib Asaddok & Tn Jamaluddin (Sifu FBads)
Dan hari kedua pun berakhir dengan sepi...telefon ku masih sunyi dengan kabar berita dari laki aku. Anak kedua aku Arissa aku dapat contact melalui pengasuhnya jak...huhuhu...
Hari terakhir MMM, fikiran dan perasaan bertambah kacau tapi mana boleh tunjuk sangat kan...lepas ni mesti ada mana2 production company offer aku jadi pelakon. Hahahaha...jom layan gambar-gambar datin.
Bersama Titanium Circle - Titans Sri Astrina, Titans Fatimah & Titans Dewi.
Sepanjang 3 hari ni macam2 perasaan bercampur baur. Dalam kelas memang nda kering gusi. Banyak betul lawak. Dalam kelas aku femes dengan gelaran "Tuti Fruiti whatever chicken" Semuanya gara-gara DAO susah mau ingat TASTY FLOATY. Hahaha...apa2 lah kan...janji Dr ingat aku out of so many people yang participate. Selain tu ada lagi lah a few people yang akan dikenang antaranya:
Mdm Bibie - Sambal Bilis mak ayam.
Rahimin Ismail - Captain Humbly (trending sejak IMKK hari tu)
Dan ada sorang yang paling menceriakan kelas. Doktor apa aku lupa namanya tp kami gelar dia DOKTOR BURONG. Ini memang paling lawak sampai DAO pun ketawak berabis.
Petang tu kelas di akhiri dengan DOA drpd DAO. Suasana dan doa seorang guru masa tu betul-betul buat kami mengalirkan airmata. Aku yang sememangnya menyembunyikan perasaan sedih masa tu pun menangis la puas-puas dan aminkan semua doa. Ya Allah, aku rindu saat itu.
Terima kasih Tn Hj Jerry sebab merakam moment tu. Kepada yang mau tengok boleh klik link ni. Doa penutup #MMMBorneo2016.
Terima kasih Tn Hj Jerry sebab merakam moment tu. Kepada yang mau tengok boleh klik link ni. Doa penutup #MMMBorneo2016.
Balik kelas malam tu aku keluar dengan adik-adikku. Layan perasaan la tu kan. Hmmmm...
Dan aku pun balik Tawau pada 19hb September. Drive kreta yang aku park di airport selama 4 hari. Drive terus pegi tempat kerja yang jaraknya dalam 40km dari bandar jugak. So total dalam 80km la aku drive kan? Apalagi...main viola la dlm kreta. Huhuhu...
Balik dari kerja terus ke Cafe. Jumpa la dengan anak aku Adam. Ya Allah, rindunya. Bapak dia pulak buat-buat muka selamba tapi mana boleh tahan tengok bini dia yang comel ni kan?? Hahahaha...
Rupa-rupanya dia buat begitu sebab dia mau aku tumpukan perhatian. Jangan risau pasal family & bisnes. Biar dia handle.
Maka tamatlah cerita kenapa Kami Berpisah SEMENTARA Kerana Program Dr Azizan Osman.
Thank you so much sebab tekun betul kamu baca dari Part 1. Love you darlings! Muahhh...

Fuyoooo!!! Best gila blog!! Keep it up!!
ReplyDeletegood luck madam estrella..huhu
ReplyDeleteSalam nak tanya sis kenal tak mana2 titan yg jual baju, beg or kasut
ReplyDeleteSalam nak tanya sis kenal tak mana2 titan yg jual baju, beg or kasut
ReplyDeleteSalam nak tanya sis kenal tak mana2 titan yg jual baju, beg or kasut
ReplyDelete