Tuesday, 20 September 2016

KAMI BERPISAH KERANA PROGRAM DR AZIZAN OSMAN (Part 1)

Assalamualaikum...

Ini adalah nukilanku yang pertama sejak aku berhenti membuat karangan lepas SPM, 15 tahun yang lalu. Ya, aku kini berumur 32 tahun. Tak payah susah2 cari kalkulator. Ingatkan dah lepas azab bab2 menulis ni. Rupanya ini hanyalah permulaan kisah hidupku yang bakal anda semua baca dengan penuh tekun sehingga perkataan yang terakhir.

Aku menulis atau lebih tepat lagi menaip kerana ketika ini fikiranku sangat berkecamuk, emosi ku tidak stabil, jiwa ku meronta. Aku mau SWITCH !!!!!!!!!!!!!!!!! Arrrrgggghhhhhhh
Saat ini airmata mengalir deras memikirkan nasib dan masa depan. Andai aku menulis atas kertas pasti anda tidak dapat membaca kisahku sampai habis.

Aku mula terperangkap dengan Program2 anjuran Richworks pada 14 May 2016. Masa tu Dr Azizan Osman buat SEMINAR MUDAHNYA BERNIAGA 2016 di Dewan Calvary, Tawau. Aku pun tak ingat macam mana boleh terjerumus. Yang aku ingat aku sibuk cari 1 lagi kekosongan untuk daftar seat berharga RM100 untuk 3 orang. Sudahnya, aku, suamiku dan kakak iparku pun join lah seminar tu.





Keterujaan melampau-lampau. Start jak seminar tiba2 ada menari-nari. Erkkk apa kes ni sampai orang berteriak-teriak terkinja-kinja. Macam disko sudah dalam dewan tu. Paling dasyat masa pengacara majlis tu umumkan nama Dr Azizan. Tiba-tiba semua semua menjerit macam memuja artis...aku apalagi...join the club la jugak. Aku tengok laki aku di depan tu excited bukan main. Hujung kepala sampai hujung kaki begelek. Apakah kegilaan yang sedang berlaku????

Macam biasa....aku kan kaki selfie...so mesti la pose paling comel kan? Tengok bawah ni...comel ka comel????





Ok sambung balik story...sepanjang seminar setengah hari tu Dr Azizan pun explain la pasal halangan-halangan manusia atau senang crita MENTAL BLOCK. Masa tu aku nampak laki aku angguk banyak kali...hmmm...banyak sangat mental block nampak.

Seminar tu 1/2 hari jak jadi confirm la pengisiannya bikin gantung kan? Di hujung program tu Dr keluarkan voucher diskaun untuk program IMKK. Berebut orang meluru ke depan (termasuk aku). Long story short aku dan laki aku pun sign up sebab kononnya harga yang di tawarkan tu untuk hari tu jak.

Disebabkan Dr Azizan berjaya membuat kami laki bini teruja semacam maka tanpa berfikir panjang kami pun beli tiket SUPER SUPREME berharga RM3,997. Offer masa tu beli 1 tiket percuma 2 tiket. So, aku, laki aku dan kakak ipar aku share 1 tiket. Kakak ipar aku plak mau betul bawa laki dia join IMKK so dia pun share la tiket dengan kawan merangkap customer aku bernama Sri Astrina dengan laki dia Faizal @ Pai. Maka lengkaplah 3 pasangan suami isteri dengan semangat yang berkobar-kobar untuk masuk perangkap IMKK pulak. Apa tak nya...IMKK pertama yang di buat d Borneo.

Lepas program...kena panggil interview. Aku apa lagi...memang sangat "mesra camera" kan??? Menggamit kenangan jadi semi finalist SUPERB anjuran TERAJU pada bulan March 2016.



(Sesi interview program Seminar Mudahnya Berniaga)



 (Sesi interview Pertandingan SUPERB)

Panjang jugak cerita aku ni kan? Dari menangis sampailah aku tengah tersengih2 ingat memori daun pisang ni. Pastu kan pastu kan....lepas jak Seminar Mudahnya Berniaga aku dengan laki aku pun sambung balik kerja.

Kerja apa? Masukkan TASTY FLOATY dalam Servay Hypermarket dan Servay Jaya Supermarket, Tawau. Double happiness betul 14 May 2016. Dah lah happy dapat tengok Dr Azizan (masa tu) pastu dapat masukkan produk dalam Hypermarket pulak lepas tu. ALHAMDULILLAH sujud syukur pada yang Maha Esa.


Tengok ni. Masih pakai baju yang sama lagi laki bini.




Rasanya setakat ini dulu nukilanku. Kejap lagi nak masuk waktu maghrib. Mau connect dengan SOURCE 

Jumpa lagi kalau aku rajin menaip untuk crita selanjutnya....

2 comments:

  1. TerbaikkkπŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘..admire u...we r marketing genius. .😊😊😊

    ReplyDelete
  2. TerbaikkkπŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘..admire u...we r marketing genius. .😊😊😊

    ReplyDelete